Monday, April 21, 2014

Vitamin E ialah salah satu agen antioksidan yang 
penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
 Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu 
untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam 
rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.

Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan

 penyembuhan, mengurangkan parut yang 
diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan
 tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit
 katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan
 mengendurkan otot kaki dari kekejangan.

Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air 

mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan
 kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama
 menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan
 kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu
 mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis
 gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer

 Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa 
pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang 
dapat mengurangkan risiko kanser prostat di 
kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian 
megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan 
perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini
 diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan
 pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan 

berikut: Minyak Kelapa Dara, minyak sayuran,
 sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian ,
 dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati
 daripada beras perang, makanan daripada jagung, 
telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, 



oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.

KEKURANGAN
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
1.Mudah radang dan odema (pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
2. Penuaan kulit sebelum masa.
3. Rambut gugur
4. Anemia

Tuesday, April 15, 2014

Rambut sihat vs rambut rosak

Anda dalam DILEMA?




Rambut tak bermaya?
Rambut gugur?
Rambut keras dan kasar?
Rambut rosak?
Kulit kepala sensitif?
Rambut cepat putus?
      


Mimpi ngeri sangat kalau kita sikat rambut atau kita bukak
 getah rambut, macam beribu-ribu helai tertarik keluar.
Kalau tengah sikat rambut. Rambut gugur macam hujan.
Lagi satu, rambut nampak tidak bermaya and plus kusut

Nak rambut sihat dan cantik memang idaman.Yang halus. 
Yang lembut. Yang berkilat~

Lagi-lagi perempuan.
macam mana tak kisah pon pasal rambut, sungguhpun 
bertudung, tetap pengaruh rambut yang cantik dan sihat dalam
 majalah dan tv secara komersial beri impak besar.

Macam mana nak abaikan rambut?
Tangan tu.. tetap pegang dia, mengikat, sikat, tetap shampoo.
Rambut tu sebahagian daripada badan kita kan?

Dan, kisahnya,
Aku la tu tergolong dalam golongan yang rasa rambut tak berapa penting.

Bertudung kan?

Bila membaca, and tanya kawan-kawan, diorang pon mengalami masalah  yang sama.
Hmmm.. rasa masalah rambut tu BIASA. NORMAL.

RISAU tp dalam benak kepala NORMAL.
Nak buat rawatan, tak mampu weh.
Nak ubat?
mana ada ubat rambut..kan?
Ubat kutu ada lah~ hahahaha

Pernah dulu aku ade masalah kelimumur yang aku classify sgt kronik.
Sebab tempoh yang lama pakai tudung, jadi kurang masa rambut tu dapat bernafas.
Nak shampu rambut pagi-pagi sebelum pakai tudung memang tak ah.

Takut rambut berbau!!

Haa.. and lagi satu masalah aku, rambut gugur melampau.
Kalau kat atas aku kata gugur macam hujan.
Aku class kan rambut aku gugur macam ribut taufan.
Kalau nak buat aksi, 'lihat rambutku, guna jari pon boleh'..
 memanjang behelai-helai ikut sekali jatuh.

Oii..tak payah cakap.
Beriyala aku cari shampoo anti-dandruff + anti-hairfall.
Owh, jenama C la, jenama S la, jenama H la.
bukan makin kurang rambut gugur, bertambah-tambah. 

Aku cerita la masalah rambut gugur ni pada salah sorang BFF aku. (heh, BFF okeh)
Dia syorkan aku pakai shampoo biasa.
Sebab shampoo yang spesifik ni memang banyak bahan kimia. Too strong.

Nanges!
sebab masalah rambut gugur tetap berlaku. Da la rambut kasar.
Pasrah jela yang aku boleh buat.

At last my dear.
Aku decide untuk menggunakan re rambut
Owh my HERO!

Bukan masalah rambut atau masalah shampoo.
Masalah dari diri aku sendiri rupanya.
Tak makan sihat. Kurang nutrisi. hihhi

Monday, April 14, 2014

Masalah rambut botak dan gugur


rambut-botak-dan-gugur
Selain mengamal ubat-ubat Homeopathy untuk mendapat rambut yang cantik, lebat dan bersinar, saya sertakan tip-tip percuma. Bahan-bahan yang ada di dapur anda boleh digunakan untuk merawat rambut yang bermasalah, cubalah…
    1. Tip untuk rambut yang hitam dan berkilat
Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastic, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.
  1. Selepas shampoo rambut anda lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan diurut-urut ke kulit kepala dan bilas selepas itu. Guna conditioner yang biasa anda guna untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.
  2. Bagi merawat rambut yang rosak anda boleh gunakan pisang, caranya ramas pisang dan dicampur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda kemudian shampoo (sebaik-baiknya shampoo herba) dan conditioner.
  3. Masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari, ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.
  4. Premature greying hair (beruban sebelum waktunya)
Jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi bila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi lalu terjadilah uban apabila usia meningkat.
Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan. Beberapa amalan cara hidup seperti berikut akan mengakibatkan anda akan beruban lebih awal :
    1. Jika anda adalah perokok tegar atau peminum alcohol
    2. Gagal mengawal stress yang berpanjangan
    3. Terlalu kerap mengambil kopi dan the
    4. Pengambilan secara berlebihan makanan berlemak dan makanan berasid seperti jeruk
Untuk melambatkan proses beruban, anda perlu mengamal gaya hidup sihat seperti meninggalkan tabiat seperti di atas dan mengambil :
  1. Mengambil makanan yang kaya dengan protein seperti bijirin cereal, soya dan daging
  1. Mengambil makanan yang kaya dengan zat besi, mineral dan vitamin A dan B.
  • Sumber semulajadi Vitamin A – sayuran yang berdaun hijau gelap dan buah yang berwarna kuning.
  • Sumber asli Vitamin B – sayuran segar berwarna hijau, pisang, tomato, sereal, yogurt dan lain-lain
  • Sumber asli mineral seperti zat zinc, besi dan tembaga – zinc - daging merah, ayam dan sayuran hijau , zat besi – daging, apricot, telur, bijirin dan biji bunga matahari, zat tembaga – ketam dan tiram dan gandum.
Masalah rambut gugur,botak, beruban pada usia muda (premature greying hair) telah menjadi kebiasaan didalam kehidupan pada masa kini. Jika dahulu 30-40 tahun lalu, hanya orang tua sahaja yang mengalami masalah rambut beruban atau mengalami masalah rambut botak. Kini perkara ini sudah menjadi lumrah disebabkan faktor pemakanan dan gaya hidup ,masalah botak atau beruban boleh ditemui pada remaja belasan tahun.
Rawatan rambut  secara perubatan homeopathy
Pelbagai produk dipasaran dengan harga yang mahal dan dengan testimonial yang mengoncang iman pembeli, ubat dan produk Homeopathy berpendapat masalah rambut gugur, beruban pada usia muda dan botak perlu dirawat secara dalaman atau mengambil ubat Homeopathy secara oral (makan) bukan hanya sekadar di luaran sahaja. Seperti Silicea, Cal,phos, Lycopodium, Phosporic acid dan banyak lagi ubat-ubat yang boleh dipreskripsi secara individu atau secara combo.

Saturday, April 12, 2014

opsss jerawat !!!

Maksud Posisi Jerawat Terhadap Tahap Kesihatan.



Hai2 semua..adakah anda rindu saya???owh pastinya tidak bukan...

hahha...ok guys girlss..kali nih aku nak bagi korang2
 semua sedikit info tentang jerawat...wah..kemain kau jah..
bukan tips untuk hilangkan jerawat tau..tapi INFO..
ahh mesti korang bosan..sapa yang x tau pasal jerawat..
budak yang  x pegi sekolah pun dah expert pasal jerawat,.
bintik2 yang merah2 berair atau bernanah tu kan..hek3.


ok2 sebelum tuh, aku nk tanya, korang punya jerawat kerap kali
 tumbuh kat bahagian mana?? pipi??dahi??hidung??dagu??badan??
rambut??eyh tipu sangat rambut tuh..yang tumbuh kat rambut tuh
 bkan jerawat tapi kutu..ahakksss... and one more question..tahukah anda2 
semua yang posisi jerawat korang tuh mempunyai maksud tersiratnya 
yang tersendiri terhadap kesihatan korang???ha x tau kan..ok meh sini 
teman nak kabo kat kome..info nih teman dapat hasil dari research teman 
pasal jerawat..ha tengok..research final year projek pun teman x 
buat sibuk buat research pasal jerawat...alahaaiii...

aku tau rasenya dah banyak blog kasi tau info yang sama..
korang search je posisi jerawat..beratus2 blog yang kuar 
cite pasal benda alah nih..aku bukan ape..hari tuh jerawat
 tumbuh banyak gila kt pipi 

kanan aku..satu dah nak hilang,naik lagi satu..macam
 berlumba2 tunggu turn je nak kuar dari muka aku nih..
tension kot..tuh baru seketul dua..kalau orang yang penuh
 jerawat satu muka tuh mesti stress gila2 kan..dah la sakit..
kasi muka x cun plak tuh..adehh..

boleh menghilangkan keyakinan diri betul..ok dah lets start..


Jerawat kat DAHI



Jerawat kat dahi nih sebenarnya berpunca dari haba badan kita 
yang melampau dan peredaran darah yang tidak baik. 
Orang yang ada jerawat kat dahi ni selalunya panas baran.
p/s: wah..betul ke??mungkin jugak betul..dulu pun aku penah 

tumbuh jerawat besar kat dahi..lepastu aku terhantuk dinding..
tepat2 kena kat jerawat tuh..arrgggghh...jangan cakap la
 sakitnya..aku rasa nak pecahkan je dinding tuh..hahha..
xpasal2 keluar baran aku..ngehhh3..
Untuk elakkan jerawat naik kat dahi, korang2 semua

 dinasihatkan supaya mengamalkan tidur awal serta bangun awal. 
Selain itu pastikan korang dapat tidur yang cukup dan minum air banyak. 
p/s: kalau study week aku rase x mustahil jerawat byk


 tumbuh kat dahi..x de mknenye tido awal..ye dak??



Jerawat kat HIDUNG



Kalau jerawat di batang hidung, ianya bermaksud tulang
 belakang korang  mungkin bermasalah. kalau tumbuh kat 
hujung hidung (betul-betul kt hujung tengah2) pulak mungkin 
disebabkan haba perut melampau dan sistem penghadaman yang
 tidak normal. Dan kalau kat salah satu hujung hidung
 (belah kiri atau belah kanan hujung) pula boleh dikaitkan
 dengan ovari atau sistem reproduksi yang mempunyai masalah.
p/s: aku rasa kalau untuk perempuan, selalunya tumbuh kat salah
 satu hujung hidung time tengah datang bulan kot. mungkin boleh
 lebih alert lepas ni..kalau bukan time datang bulan, mungkin ada

 masalah lain..kene jumpa pakar sakit puan la..wahh cuak x..cuak x..ngeh3.



Jerawat kat DAGU



Kalau jerawat tumbuh kat dagu korang pulak, berkemungkinan
 fungsi buah pinggang korang telah terjejas atau sistem endokrin 
(rembesan dalaman) lemah. Untuk kaum wanita yang mudah
 mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca daripada 

haid yang tidak teratur dan sistem peranakan yang bermasalah.
p/s: ha nih salah satu posisi lagi yang perlu kaum perempuan alert..



Jerawat kat PIPI



Jika jerawat tumbuh di pipi kiri, fungsi hati mungkin kurang lancar

 seperti dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah. 




Jika di sebelah pipi kanan, fungsi paru-paru berkemungkinan

 tidak normal.p/s: hari tuh aku tumbuh banyak jerawat kat pipi
 kanan mungkin disebabkan batuk berpanjangan yang aku alami..
yela..bila kita batuk kan melibatkan bahagian paru2..

so ada rasional jugak disitu kan...ngeh3



Jerawat kat BADAN (Belakang dan Depan)



Bagi jerawat yang tumbuh di belakang atau depan badan ianya 
memberi petanda kemungkinan sistem perkumuhan bermasalah,
p/s: sembelit mungkin...hehhehkorang dinasihatkan supaya
 mengamalkan pemakanan yang sihat bagi memastikan toksin
 tersingkir dengan lebih baik.ha perbanyakkan la makan buah.

 kalau boleh dan berkemampuan..amalkan memakan yogurt..

Ha jeng3...mesti korang tengah tengok2 jerawat yang ada kat 

muka korang tuh kan..hahha...rileks2..apa yang aku ceritakan
 diatas hanyalah info2 yang aku dapat hasil dari kajian aku di internet..
betul atau tidak aku tidak pasti..korang boleh tanya doktor 
kalau rasa ragu2 eyh..aku cuma share je..sharing is caring right???
hohoho..ok nih ringkasan secara keseluruhan yang ada
 sedikit penambahan dari info2 di atas..

Thursday, April 10, 2014

ATASI JERAWAT DAN JERAGAT MUKA DENGAN MUDAH



Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami oleh kebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompok hitam ini akan semakin bertambah. Punca jeragat ialah daripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkan melanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam.




Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:

1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabila jerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yang dikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukan anak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yang dikenali sebagai "melasma". Addison's disease yang disebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untuk mengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akan mengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabia tmerokok juga boleh menyebabkan jeragat.

3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapa tahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akan bertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes".  Perbezaan antara age-spots, freckles dan lentigenes ialah saiznya.






Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:
  • Epidermal : jeragat berada pada lapisan atas kulit (epidermis)
  • Dermal :  jeragat berada pada lapisan dalam kulit (dermis)

Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermal dan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenes pula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.






Reaksi alahan kepada ubat-ubatan tertentu.
Ini adalah punca utama hyperpigmentation, ia merupakan faktor yang banyak sekali terjadi. Antibiotik tertentu seperti minocycline, tetracycline dan doxycycline digunakan secara meluas oleh banyak orang. Malah, minocycline biasanya digunakan untuk merawat jerawat. Tetapi senarai bahan-bahan yang menyumbang kepada melasme tidak berhenti di situ.Terdapat beberapa antidepresan yang juga menyebabkan pigmentasi muka. Imipramine adalah salah salah satu daripadanya. Chlorpromazine adalah dadah, biasanya digunakan sebagai anti-psikotik. Ini juga menyebabkan jeragat, selepas digunakan dalam jangka masa yang lama. Phenytoin, yang digunakan untuk merawat epilepsi, adalah satu lagi contoh bahan yang mendorong kepada terjadi jeragat dalam jangka masa panjang. Ia adalah ciri-ciri dadah-induced.
Oleh itu dalam memilih produk kecantikan dan ubat-ubat antibiotik dan sebagainya hendaklah berbalik kepada asas kejadian alam. Oleh itu, fenomena rawatan semulajadi seperti penggunaan ubat homeopati,biochemic dan cream yang bebas bahan kimia telah menjadikan trend dan perkembangan sihat di Barat. Mereka sekarang ini terus menghindari ubat-ubat kimia yang akan menyebabkan kesan sampingan dalam jangka masa panjang.

CARA UNTUK HILANGKAN JERAGAT

1. Melalui Penjagaan Kulit Wajah - Salah satu rahsia kulit yang cantik ialah dari amalan membasuh muka yang kerap, paling minimum 2 kali sehari. Juga pastikan memakai toner dan pelembap sejurus selepas mencuci muka. Namun perlu dipastikan pembersih wajah, toner dan pelembap yang digunakan haruslah sesuai dengan kulit. Elakkan menggunakan produk yang boleh menyebabkan kulit wajah menjadi kering. Pemakaian krim pelindung kulit yang mempunyai SPF yang tinggi amatlah perlu sekiranya selalu terdedah dengan matahari.


2. Melalui Pemakanan Harian - Kulit yang sihat memerlukan pemakanan sihat. Banyakkan mengambil sayur dan buah-buahan segar setiap hari bagi memastikan kulit mendapatkan vitamin C dari sumber yang segar walau sedikit. Selain itu, pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2-3 liter sehari juga penting kerana membantu melancarkan darah dan menyingkirkan toksin dari tubuh.


Wednesday, April 9, 2014

Kenali Punca Masalah Rambut Dan Cara Mengatasinya 

Sebelum menangani masalah rambut,kenal pasti kumpulan rambut anda terlebih dahulu.Jenis rambut dapat membantu anda mencari jalan penyelesaian yang sesuai.Semua masalah rambut boleh selesaikan sendiri tanpa perlu ke salun.ada beberapa jenis rambut,yang mana satu jenis rambut anda??
RAMBUT NORMAL
Jika anda memiliki rambut jenis ini,anda bertuah!Ia tidak akan mengumpal (kusut),berminyak,dan tidak kering.Kebiasaannya rambut begini adalah faktor keturunan.Jika anda mengamalkan teknik cucian yang betul dan rajin mengoleskan perapi,ia akan bertambah sihat.
Rutin cucian : Gunakan syampu untuk rambut normal.apabila rambut sudah terlalu letih (kerana sudah lama tidak di letakkan perapi),gunakan syampu perapi.Kerja senang,jimat masa!
Rawatan : Pastikan potongan rambut lebih ringkas dan usah melakukan sebarang proses kimia terhadapnya.Ia adalah bagi mengekalkan kesihatan semula jadinya.Rawatan urutan atau minyak panas adalah yang terbaik buat kalian yang memiliki rambut normal.
RAMBUT BERKELEMUMUR

Kelemumur boleh terjadi kerana dua faktor.Sama ada keadaan rambut yang kering mahupun berminyak.Ia berlaku kerana penghasilan sebum berlebihan pada kulit kepala anda.Ada dua jenis kelemumur.
KELEMUMUR KERING
  • Berwarna putih dan lebih “ringan”.Kebanyakan orang mengalami masalah kelemumur jenis ini.
KELEMUMUR BERMINYAK
  • Ia berkuping,lembap dan berbau kurang enak
Rutin cucian : Gunakan syampu dan produk rambut khas bagi mengatasi masalah kelemumur.
Rawatan : Anda boleh mencari produk rambut yang sesuai di farmasi atau berjumpa dengan pakar rambut.Perawatan rambut secara disiplin di salun akan membantu menghilangkan  kelemumur.
RAMBUT BERMINYAK
Rambut jenis ini biasanya sangat berkilat dan mudah berbau.Ia tidak kembang,tetapi melekap pada kulit kepala.anda harus melurutnya dengan jari berkali-kali bagi mengelakkan ia kelihatan “bertepek”
Rutin cucian : Jangan sesekali menggunakan syampu yang mempunyai kandungan kimia yang “berat”,Ia akan menyebabkan kulit kepala anda bertambah berminyak dan cenderung untuk gugur.amalkan cucian secara kerap dan letakkan perapi pada hujung rambut (usah terlalu kerap).Gunakan syampu jenis mild.
Rawatan : Elakkan produk rambut yang mempunyai kandungan minyak yang tinggi seperti serum.Ia akan menyebabkan keadaan rambut anda menjadi lebih teruk.Gunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut anda.Walaupun begitu,berhati-hati dengan habanya supaya tidak  mengeringkan kulit kepala anda.
RAMBUT KOMBINASI
Rambut jenis ini biasanya berminyak pada akar rambut tetapi kering pada bahagian hujungnya.Rambut boleh mengalami masalah ini kerana penggunaan produk rambut secara kerap.
Rutin cucian : Gunakan syampu jenis lembut dan bilas bersih selesai di cuci.Ia bagi mengelakkan sebarang bahan kimia melekat pada kulit kepala dan menimbulkan masalah lain.
Rawatan : Gunakan perapi jenis leave-in untuk memperbaiki rambut dari akar sehingga ke hujungnya.
KULIT KEPALA KERING
Jika terdapat kepingan-kepingan kecil pada rambut anda,ia tidak semestinya kelemumur.Boleh jadi ia kepingan kulit kepala (sel mati) yang telah kering.Masalah ini boleh berlaku akibat kekurangan air dalam badan seseorang.
Rutin cucian : Gunakan syampu lembut dan khusus untuk perawatan kulit kepala.Fokuskan kepada urutan lembut pada kulit kepala dan elakkan dandanan melampau (menggunakan produk dengan bahan kimia).Bilas syampu dengan sempurna usai bersyampu.Anda digalakkan untuk menggunakan produk rambut berasaskan bahan semula jadi…