JERAWAT DI KEPALA......APA PULAK NI ??
Tahukah anda hampir semua orang ada bakteria jerawat di kulit badan masing2 sekarang walaupun pada mereka yang mempunyai kulit yang cantik.
Ini bermakna bakteria jerawat ada di mana-mana samaada seseorang itu menderita daripada jerawat atau tidak.
Tapi rasanya kalau ada jerawat kat kepala, mungkin tak la memalukan
sangat sebab kemungkinan boleh dilindungi oleh rambut kecuali jika seseorang itu tidak berambut atau botak.
2. Mungkin timbul rasa malu sebab kulit kepala nampak tompok2 merah
3. Kemungkinan pori2 yang tersumbat dan mengakibat jerawat itu akan
menyebabkan kawasan itu tidak tumbuh rambut dan kelihatan botak
dan kusut rambut
4. Akan rasa tidak selesa bila tidur akibat geselan jerawat ini
5. Mungkin juga akan merasa malu bila memotong rambut di kedai sebab
tukang potong rambut tu nampak jerawat kat kepala
Tapi kenapa jerawat di kepala berlaku.
Banyak potensi sebabnya antaranya :
1. Rambut kotor
2. Guna minyak rambut berlebihan dan mengakibatkan kulit kepala berminyak
3. Kutu rambut dan Kelemumur akan mengakibatkan rasa gatal2 dan
bila garu di bahagian terbabit akan berpotensi jadi luka. Luka ni
pula berpotensi jadi jerawat...
.
Jadi apa pula rawatannya untuk jerawat kat kepala.
Saya syorkan langkah2 ni :
dikepala. Jangan terlampau banyak sangat. Biar semalaman, esok pagi
basuhkan rambut untuk hilangkan kesan2 bedak ni. Amalkan sehingga
sembuh.
2. Kena la juga jaga rambut supaya sentiasa tidak kotor dengan bersyampu.
Terpulang lah berapa kali seminggu, mungkin 3x atau 4x
seminggu
3. Jangan pakai minyak rambut berlebihan kerana ini akan mengakibatkan
kulit kepala berminyak dan berpotensi menyebabkan pori2 tersumbat.
4. Jaga diet makanan. Kurangkan amal makan makanan2 yang gatal2
seperti udang, ketam, kerang...boleh makan tapi kurangkan.
Kurangkan juga makanan berlemak.
5. Jangan biarkan kepala terdedah kepada pancaran panas berlebihan..
6. Kalau boleh, jangan kongsi sikat dirisaukan ada berlaku jangkitan gatal2
kepala
7. Tukar sarung bantal 2x seminggu kalau boleh..
8. Kalau nak, cari ubatan moden untuk merawat jerawat kat kepala tu.
Terdapat pelbagai jenis jadi terpulanglah jenis mana yang nak dipilih..
9. Amalkan tidur mencukupi..
Masalah Kelemumur???? aduhh. . .
KELEMUMUR. Menyebut namanya saja sudah terasa geli. Putih dan kadangkala berkuping di celahan rambut. Apatah lagi kalau melihatnya gugur, jatuh di bahu. Memburukkan keadaan apabila si empunya ketika itu mengenakan baju berwarna gelap.
![]() |
| Kesan daripada kelemumur teruk |
![]() |
| Kesan daripada kelemumur teruk |
Betapa kacak atau jelita seseorang, tetapi kalau begitu keadaannya, tentunya rosak penampilannya lantaran kelemumur dikaitkan dengan pengurusan diri.
Kelemumur atau nama saintifiknya pityriasis capitis adalah satu fenomena biasa yang dialami oleh 50 peratus daripada populasi manusia dan dihidapi pelbagai latar belakang masyarakat. Di Malaysia, pengidap kelemumur dianggarkan seramai 4.3 juta orang sementara di United Kingdom 11 juta, membuktikan ia masalah sering dihidapi.
![]() |
| Kepingan kelemumur bagaikan sajli |
Ia sebetulnya bagaikan ‘benda hidup’ yang boleh bertambah tebal, berkuping-kuping di kepala jika tidak dirawat sedari awal.
Pakar Perunding Kanan Dermatologi Dr Steven Chow Kim Weng, berkata keadaan ini disebabkan oleh kehadiran sejenis yis iaitu malassezia globosa pada permukaan kulit kepala yang memakan lipid atau sebum kulit.
![]() |
| Malassezia globosa.. |
Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:-
- Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna
- Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap
- Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul
- Pengeluaran minyak yang berlebihan
- Perubahan hormon
- Tekanan perasaan
- Daya imuniti yang rendah
“Keadaan cuaca seperti iklim tropika sepanjang tahun di negara ini, menyebabkan individu terdedah kepada cuaca panas, habuk dan kotoran, yang boleh menyebabkan masalah kepada kulit kepala. Ramai penduduk Malaysia mengalami masalah kelemumur tetapi tidak dihebahkan. Ada sesetengah individu yang mempunyai tabiat suka menggaru kepala disebabkan iritasi kelemumur.
“Kelemumur boleh membuatkan seseorang itu menggaru kulit kepala secara berlebihan untuk menghilangkan kegatalan. Namun, ia boleh menyebabkan kulit kepala rosak. Apabila seseorang menggaru kulit kepala, ia menyebabkan lapisan yang melindungi rambut akan terhakis dan lama-kelamaan pecah,”
![]() |
| Kelemumur melekat di kulit kepala |
“Rambut yang lemah senang putus dan akan menyumbang kepada masalah rambut gugur, baik bagi lelaki mahu pun wanita. Kehadirannya menyebabkan seseorang itu mula rasa tidak selesa kerana kulit kepala gatal dan mereka akan asyik menggaru hinggalah masa tidur boleh terganggu akibat kegatalan,” katanya yang turut mengakui ia menjadi punca individu berhadapan dengan masalah rambut rosak atau gugur.
![]() |
| Kulit kepala rosak |
![]() |
| Kelemumur kuning (Yellow Dandruff) |
![]() |
| Kepingan kelemumur berada di sekitar telinga |
Sementara itu, saintis Procter & Gamble (P&G), Dr Jasmine Karsono, berkata, walaupun masalah kelemumur bukannya penyakit hingga mengancam nyawa, kehadirannya mampu menggoyahkan keyakinan diri dan membawa kepada imej sosial yang negatif.
![]() |
| Saintis Procter & Gamble (P&G), Dr Jasmine Karsono |
“Walaupun terdapat banyak syampu antikelemumur di pasaran, ramai pengguna mengadu selepas sekian lama, kelemumur akan muncul kembali. Ini kerana kebanyakan syampu hanya merawat simptom tetapi tidak mampu mengenal pasti punca sebenar, iaitu kulit kepala yang tidak sihat atau kurang nutrien,” katanya.
Psoriasis pulak????
Psoriasis adalah keadaan di mana adanya warna kemerahan pada kulit kepala yg disertai dengan kulit kepala yang akhirnya mengeras, rasanya gatal dan akan lebih parah rasa gatalnya apabila kita berpeluh. Bila terasa gatal, jgn digaruk kerana hal ini boleh menyebabkan psoriasis bertambah parah dan merebak luas. Pencetus utama dari psoriasis adalah stress.
|

PENYAKIT psoriasis boleh dirawat dengan kemajuan dunia perubatan masa kini.
PSORIASIS merupakan salah satu penyakit kulit yang menjejaskan dua hingga tiga peratus populasi manusia di seluruh dunia.
Separuh daripada dua pertiga daripada pesakit menghidap psoriasis mengalami penyakit psoriasis kulit kepala. Psoriasis kulit kepala ini mungkin menyerang keseluruhan kulit kepala atau menjejaskan bahagian tertentu di kepala.
Seseorang yang menghidap psoriasis menunjukkan tanda-tanda seperti beberapa tompok kemerah-merahan serta bersisik putih berwarna perak selain mempunyai kulit kepala yang mengelupas persis kelemumur.
Jika keadaan ini dibiarkan lama tanpa rawatan, kemungkinan ia merebak ke bahagian dahi, leher atau di belakang telinga adalah tinggi.
Di Malaysia sahaja, ia menyerang satu hingga dua peratus daripada jumlah populasi rakyat negara ini.
Begitupun, pengamal perubatan masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar psoriasis kulit kepala, tetapi ia dikaitkan dengan genetik. Ia juga boleh berlaku kerana perubahan musim, kecederaan pada kulit, stres, alahan pada sesetengah ubat, alkohol dan tabiat merokok.
Walaupun ia tidak berjangkit, ia cukup membuatkan seseorang itu terganggu dengan simptom-simptom seperti pengelupasan berlebihan yang sering disalah anggap sebagai kelemumur teruk oleh sesetengah pesakit.
Pada masa yang sama, ia menyebabkan kegatalan kulit kepala hingga menyebabkan seseorang itu berasa malu seterusnya mengasingkan diri daripada bergaul dengan masyarakat.
Beberapa kajian menunjukkan bahawa individu yang mengalami psoriasis kulit kepala lebih gemar bersendirian yang akhirnya menyebabkan kemurungan. Lebih teruk, sesetengah pesakit psoriasis mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.
“Psoriasis kulit kepala merupakan penyakit kronik tetapi ia boleh dirawat dengan rawatan perubatan efektif.
“Namun begitu, banyak salah tanggapan tentang penyakit ini hinggakan ramai pesakit lambat mendapatkan rawatan kerana menganggap ia kelemumur biasa.
SAYA NAK KONGSI ANTARA JALAN PENYELESAIAN MASALAH KELEMUMUR ANDA YANG DAH LAMA ANDA HADAPINYA . . .



















No comments:
Post a Comment