Vitamin E ialah salah satu agen antioksidan yang
penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular.
Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu
untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam
rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada.
Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan
penyembuhan, mengurangkan parut yang
diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan
tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit
katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan
mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air
mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan
kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama
menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan
kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu
mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis
gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang.
Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer
Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa
pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang
dapat mengurangkan risiko kanser prostat di
kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian
megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan
perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini
diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan
pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.
SUMBER
Vitamin E is didapati daripada sumber makanan
berikut: Minyak Kelapa Dara, minyak sayuran,
sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian ,
dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati
daripada beras perang, makanan daripada jagung,
telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu,
oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.
KEKURANGAN
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan :
1.Mudah radang dan odema (pengumpulan air dalam tisu), pada bayi.
2. Penuaan kulit sebelum masa.
3. Rambut gugur
4. Anemia
No comments:
Post a Comment